Sabtu, 4 April 2026

Kemalangan sebab dari pemandu mabuk:DPMM usahakan 3 perkara dalam membantu keluarga mangsa..

 


Tadi baru sahaja menonton satu video kenyataan daripada peguam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan kes kematian akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk baru-baru ini.

3 perkara yang akan diusahakan DPPM pada keluarga mangsa pada saya adalah sangat luar biasa.

PERTAMA

Mereka sediakan khidmat guaman percuma pada keluarga mangsa. Tadi pada hari pertama prosiding, peguam DPPM hadir ke mahkamah sebagai peguam pemerhati untuk pantau perjalanan perbicaraan kes. Alhamdulillah.

KEDUA

Ini yang paling jarang kita dengar. Peguam juga akan failkan tindakan sivil untuk tuntut pampasan kepada keluarga mangsa terhadap tertuduh dan juga pihak insurans si pemandu mabuk.

Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil ‘dependency claim’.

Realitinya di Malaysia sebelum ini, ramai keluarga mangsa akibat kemalangan maut…

atau kes bunuh…

akhirnya tak dapat apa-apa.

Pesalah mungkin didenda.

Masuk penjara.

Tapi keluarga mangsa?

Terus menanggung kehilangan tanpa pampasan sewajarnya.

Sebab itu tindakan ini sangat luar biasa.

Ia seolah-olah menghidupkan semula konsep keadilan yang lebih menyeluruh dan hampir kepada konsep ‘diat’ dalam Islam di mana keluarga mangsa diberi ‘ganti rugi’ di atas kehilangan seseorang yang dibunuh.

KETIGA

Mereka turut tawarkan pengurusan harta pusaka dan hibah secara percuma agar hak pada keluarga mangsa dapat diberikan dengan sempurna.

Dan ada satu lagi perkara yang ramai tak tahu.

Jika tertuduh disabitkan kesalahan nanti, keluarga mangsa berpeluang untuk membawa “victim impact statement” di mahkamah.

Mereka boleh ceritakan sendiri bagaimana tindakan tertuduh telah meruntuhkan kehidupan mereka.

Kita difahamkan kes ini sedang dipertimbangkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Jika sabit kesalahan, hukumannya sangat berat iaitu hukuman mati atau Penjara 30 hingga 40 tahun

Pada kita sekurang-kurangnya…

ada sedikit kelegaan.

Bahawa nyawa yang hilang itu dipandang serius oleh sistem keadilan.

Tapi satu persoalan besar masih belum terjawab iaitu

Berapa ramai lagi perlu mati baru kita benar-benar tegas dalam isu pemandu mabuk?

Undang-undang mesti tegas.

Penguatkuasaan mesti konsisten.

Dan masyarakat mesti berhenti dari menganggap mabuk itu adalah dosa individu.

Kali ini kita nampak satu usaha yang betul-betul usaha untuk membela keluarga mangsa.

Bukan sekadar bercakap.

Tetapi bertindak.

Tahniah Pemuda PAS.

Semoga ini menjadi titik perubahan bukan sekadar satu kes yang kita akan lupa seperti kes-kes sebelum ini.

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan