Rabu, 29 November 2023
Warkah Penghargaan Buat Briged Al-Qassam Dari Wanita Israel
Ahad, 26 November 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
Penganalisis melihat kejatuhan ‘rating’ penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang teruk juga disumbang oleh kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Terdahulu, Merdeka Center dalam kajian terbaharunya mendedahkan tahap kepuasan terhadap Anwar merosot kepada 50 peratus di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung prestasi ekonomi Malaysia.
Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan tinjauan Merdeka Center, kajian ini boleh menterjemahkan kegagalan menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata, Rafizi yang terkenal dengan pelbagai formula untuk menyelesaikan ekonomi negara sebelum ini telah meletakkan harapan dan tanggapan kepada rakyat bahawa beliau boleh melakukan magik untuk memulihkan ekonomi negara.
“Bagi saya Rafizi dari awal telah duduk di kementerian yang salah. Malah keputusan kerajaan memecahkan kementerian kepada tiga yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi juga terburu-buru iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
“Maka sudah semestinya tidak ada penyelarasan yang baik apabila dasar polisi berkaitan ekonomi dikemudi tiga kementerian berbeza tetapi teras yang sama.
“Justeru saya berpandangan, rombakan Kabinet perlu disegerakan bagi menyusun semula Kabinet dan dilantik Menteri yang sesuai, wibawa dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Semalam, Merdeka Center mendedahkan kajian bahawa hanya 31 peratus pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60 peratus berpandangan hala tuju negara ke arah salah.
Isu ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi, dengan 78 peratus menyatakan isu ekonomi menjadi perkara paling utama didepani rakyat hari ini, jelas badan pemikir itu.
Alasan besar (responden yang beranggapan negara menuju ke arah menyimpang) melibatkan isu ekonomi (56 peratus), kestabilan politik (13 peratus), dan kelemahan pentadbiran (9 peratus).
Kaji selidik mencerminkan jangkaan pengundi kepada pihak pentadbiran bagi menjana semula pertumbuhan ekonomi, termasuk menangani kebimbangan berlarutan terhadap inflasi dan pertumbuhan gaji rendah.
Merdeka Center berkata, kaji selidik dilaksana dengan dana sendiri membabitkan 1,200 pengundi merangkumi 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 7 peratus India, 6 peratus bumiputera Islam, dan 6 peratus bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.
-Agenda Daily
Sabtu, 25 November 2023
B.A.L.A
B.A.L.A.
1. Saudara kita di Filistin diuji dengan kehilangan nyawa, harta benda, kesakitan, kesedihan. Kita di sini diuji dengan pemimpin yang fasik dan iman rakyat negara ini yang lemah dalam kesenangan, kemewahan, dan kemudahan. Masih terlalu selesa dalam hawa nafsu.
2. Mendokong pemimpin dan orang yang mendokong eljibitii yang dilaknati Allah. Lemahnya iman nak pertahankan Islam di tanah air sendiri.
3. Sehingga semudahnya dihina agama 1slam secara terang-terangan di tanah air, kerana hilang rasa gerun musuh 1slam terhadap Islam. Kerana lemah umat Islam itu sendiri.
Barokah dicabut oleh Allah.
4. Rakyat Malaysia perlu muhasabah diri. Kenapa ujian menimpa begitu berat keliling pinggang? Baik dari pemimpin sampai ke rakyat bermasalah.
Di mana kedekatan hubungan hati dengan Allah?
Bagaimana kesempurnaan hubungan diri dengan Allah? Istighfar.
Semuanya serba tidak cukup. Ekonomi merudum. Keperluan serba kurang. Resah gelisah jiwa tak tenang dan isu sakit mental pun meningkat.
Menurut kajian, sedikit sangat orang Islam yang jaga solat 5 waktu dan amalkan baca Quran.
5. Sambut harijadi anak dengan tema 'Witch' iaitu penyihir dan tema 'Hantu' Hellowin. Yang sudah terang nyata lagi bersuluh penyihir itu adalah musuh Islam paling nyata yang wajib diperangi.
Tapi orang kita, sambut dengan takda rasa takut pada Allah.
6. Sambut konsert bersama penyokong eljibitee dan penyokong 1zrahell. Tak takut ke dengan laknat Allah menimpa diri kerana menyokong mereka dan keluar duit pergi konsert mereka?
7. Menyokong logo berunsur kesyirikan. Begitu mudah tergelincir iman dan akidah kerana terlalu menurutkan hawa nafsu dalam kejahilan dan kebodohan ilmu agama. Pantang ditegur pasti ada saja jawapan akalnya.
8. Melamar teman wanita dalam konsert penyokong eljibitee. Siap pakaikan cincin dalam konsert. Tayangan video lamaran satu dunia menontonnya. Tak rasa takut dengan kemurkaan Allah dan azab Allah.
Tak mahu ulas panjang lebar lagi. Dada rasa begitu berat dengan isu akidah umat Islam di tanah air.
9. Ramai anak muda, ikut sama terjerumus dalam tipudaya musuh 1slam. Menjadi golongan orang fasik dan ingkar kerana jarang-jarang buka al-Quran sebagai usaha ikhtiar asbab untuk menerima cahaya hidayah petunjuk dari Allah di dalamnya.
10. Mungkin juga kerana tiada guru rohani yang membimbing dan jahil mentaati agama secara membuta tuli. Takda usaha mendalami agama. Melainkan mendalami ilmu duniawi untuk kerjaya sahaja.
11. Barokah dicabut oleh Allah dalam hati orang Islam. Sedang di benua Eropah dan Amerika, cahaya 1slam semakin bangkit.
Di tanah air ini, lain pula kisahnya. Menyedihkan. Sangat-sangat.
12. Tertutup mata hati seluruhnya dari melihat kebenaran. Masih lalai dan leka walaupun melihat situasi bumi berkah Filistin sekarang.
13. Apabila bala Allah turun, semua yang berhampiran kena. Berhati-hatilah.
14. Bala paling besar adalah apabila Allah menutup pintu hati orang Islam dari mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah yang benar. Berpaling dari kebenaran lalu terjerumus ke dalam kefasikan dan syirik yang jelas nyata. Rosak iman, musnah kehidupan.
15. Giliran sebahagian dari mereka di Filistin dah hampir selesai. Sudah ramai yang syahid.
16. Apabila tiba masanya nanti, kita pula akan diuji iman dengan kesanggupan mengorbankan nyawa diri dan keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, kehidupan demi perjuangan j1had untuk Islam.
Adakah diri sudah bersedia?
Persiaplah iman. Biasa-biasakanlah berkorban diri, harta benda di jalan j1had.
Masa itu dah tak lama.
.
.
.
Tunggulah sehingga selepas 26 Disember dan sambutan tahun baru. Ujian iman semakin berat memasuki tahun 2024.
.
.
Haseena Syaakira
24 November 2023
2.55 pagi
#PerangiSihir #HaqqulYaqin
#taqwajourney
.
.
.
Credit:FB Haseena Syaakira
Ahad, 12 November 2023
Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari
Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.
Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:
1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.
2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.
3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.
4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.
5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.
Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.
Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan).
Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:
Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.
Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.
Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.
Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.
Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.
Credit: Facebook
Sabtu, 4 November 2023
Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia
Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia
LOS ANGELES, California: Pelakon tersohor Hollywood, Angelina Jolie mengecam pemimpin-pemimpin dunia kerana keengganan mereka bersatu menuntut gencatan senjata kedua-dua Israel dan Hamas yang terbabit dalam konflik di Gaza ketika ini.
“Dengan enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menuntutnya (genjatan senjata) kepada kedua-dua pihak (Israel dan Hamas), pemimpin-pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini!” tegas Jolie dalam hantaran Instagramnya, @angelinajolie yang dimuatnaik pada hari ini, Khamis (2 Nov).
“Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga mereka sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan (oleh Israel), sementara mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga mereka dibunuh,” tambah Jolie, 48, yang memuatnaik foto kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia yang dibom tentera Zionis Israel dua hari berturut-turut mengorbankan ratusan nyawa.
“Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.
“Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan pantas menjadi kubur besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023