Ahad, 10 September 2023

Pemimpin Umno hadir kongres DAP buat kali pertama

 Presiden Umno Zahid Hamidi hadir di Hotel Marriott, Putrajaya, pagi ini, disambut Setiausaha Agung Loke Siew Fook.

(Dari kanan) Zahid Hamidi, Zambry Abd Kadir dan Asyraf Wajdi Dusuki pada Kongres Kebangsaan DAP di Hotel Marriott Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Umno membuat penampilan kali pertama pada Kongres Kebangsaan DAP, dengan dua bekas musuh ketat itu kini bersama-sama menganggotai kerajaan perpaduan.

Presiden Umno Zahid Hamidi tiba di Hotel Marriott Putrajaya, pagi ini, bersama Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abdul Kadir.

Kehadiran mereka disambut pemimpin DAP, termasuk Setiausaha Agung Loke Siew Fook, serta diraikan dengan tepukan oleh ahli parti.

Turut hadir pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, serta Naib Presiden PKR Amirudin Shari.

0 ulasan:

Catat Ulasan