"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Khamis, 25 Julai 2024

Olimpik Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik

 Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik

ARGENTINA 1 MAGHRIBI 2
Pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina, berhempas-pulas menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan penuh drama menentang Maghribi dalam pertemuan pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Selepas melayakkan diri buat kali pertama sejak 2012 dalam temasya berprestij itu, skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut ketika kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga minit ke-45.
Memasuki masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan, penjaring terbanyak Liga Juara-juara Asia (ACL) musim lalu, Soufiane Rahimi, memecahkan kebuntuan apabila mudah menampan masuk bola hantaran daripada Bilal El Khannous untuk memberikan kelebihan buat The Atlas Lions.
Pengadil perlawanan, Glenn Nyberg, mengesan kekasaran yang dilakukan Julio Soler ke atas pemain Maghribi dalam kotak penalti sekali gus mudah disempurnakan sekali lagi oleh Rahimi menewaskan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli, buat kali kedua pada minit ke-51.
Penyerang muda Atletico Madrid, Giuliano Simeone, menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol pada minit ke-68 untuk merapatkan jurang skuad La Albicelestz memberikan tekanan buat Maghribi.
Ketika Maghribi hampir mahu meraikan kemenangan pertama, pemain tengah Boca Juniors, Cristian Medina, menanduk masuk gol penyamaan lantunan daripada palang gawang pada minit ke-106 melenyapkan suasana gamat penyokong jersi merah itu.
Perlawanan terpaksa ditanguhkan selama dua jam kerana rusuhan yang dilakukan peminat tempatan melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan aksi dramatik tersebut terpaksa ditunda lebih satu jam.
Dalam masa sama, baki pertembungan itu dimainkan tanpa sebarang penyokong kerana diarahkan untuk mengosongkan stadium susulan perbuatan tidak bermoral itu berlaku.
Sekembalinya permainan berlangsung semula, jaringan penyamaan Argentina dibatalkan akibat video bantuan pengadil (VAR) mendapati bahawa pemain berjersi numbor enam Argentina, Bruno Amione, berada dalam kedudukan ofsaid ketika menyerang.
Keputusan penuh menyaksikan Maghribi berjaya mendapatkan tiga mata pertama kempen itu.
-stadiumastro.com

Rabu, 24 Julai 2024

Isu PN mahu guling kerajaan Pahang sengaja dicetus, kata pemimpin

Bersatu Pahang berkata tiada perbincangan dibuat antara pemimpin PN dengan anak bekas perdana menteri Najib Razak berhubung pembentukan kerajaan baharu.


 Pemimpin PN Pahang Mohd Yazid Mohd Yunus dan Andansura Rabu tidak mengetahui ada pertemuan wakil gabungan itu dengan Adun Peramu Nizar Najib.

PETALING JAYA
Isu pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Adun Peramu Nizar Najib untuk menggulingkan kerajaan Pahang sengaja dicetuskan pihak tertentu bagi menjejaskan reputasi gabungan itu menjelang PRK Nenggiri bulan depan.

Timbalan ketua Bersatu Pahang yang juga Adun Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung khabar angin konon pertemuan itu diadakan.

Katanya, tiada perbincangan rasmi dibuat antara pemimpin PN Pahang dengan anak bekas perdana menteri Najib Razak berhubung pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan pentadbiran Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Saya tidak pasti pula (bagaimana cerita itu boleh timbul). Cerita sebegini tiba-tiba timbul mungkin PRK Nenggiri sudah dekat,

 katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada FMT.

Semalam, Nizar menafikan beliau berjumpa pemimpin pembangkang untuk menggulingkan pentadbiran Wan Rosdy.

Katanya, mustahil untuknya berkomplot mengkhianati Umno yang diperjuangkan keluarganya bersama ahli parti sejak ia ditubuhkan pada 1946.

Terdahulu tular satu hantaran di media sosial yang mengatakan kerajaan Pahang sedang goyah dan akan membentuk pentadbiran baharu.

Hantaran itu mengaitkan ‘anak Bossku’ yang dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PN.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, juga memaklumkan isu tersebut tiada dalam pengetahuannya.

Saya tidak ada maklumat tentang ini (perbincangan gulingkan kerajaan Pahang), jadi saya tidak mahu mengulas lanjut,

 kata Adun Beserah.-FMT

Zahid Hamidi sedia lepaskan jawatan presiden UMNO

 suaramerdeka.com.my

 23 July 2024

TIMBALAN perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sedia untuk lepaskan jawatan sebagai Presiden Umno.

Katanya, ia bergantung pada keputusan di peringkat Majlis Keria Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung Umna (PAU) malahan dia juga bersikap terbuka sekiranya jawatan yang disandar olehnya kini akan dipertadingkan semula di masa akan datang.

“Berdasarkan Perlembagaan Umno, pemilihan parti diadakan setiap tiga tahun dengan pemilihan seterusnya dijangka pada 2026. Saya amat terbuka dalam perkara ini (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan).

“Yang penting, Umno harus terus dipertahankan dan relevan… jangan difikirkan dari sekarang soal pertandingan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar, di Johor.

Menurut laporan Berita Harian.Sg, Kesediaan itu juga dinyatakan susulan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tenggara, di Johor meluluskan usul menggesa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan parti itu.

Datuk Zahid berdepan desakan daripada pimpinan dan ahli parti untuk beliau melepaskan jawatan Presiden sebaik Umno mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada 2022.

7 Fakta menarik Rawang Bypass

 7 Fakta menarik Rawang Bypass

Macam tak percaya, tapi Lebuhraya Rawang-Serendah tersebut sebenarnya mengambil masa 12 tahun, dan RM628 juta untuk dilengkapkan. Haa, menarik kan? Jadi ini dia 7 lagi fakta menarik tentang Jalan Pintasan Rawang, ataupun Rawang Bypass: 

1. TIADA TOL

Orang Lembah Klang macam Min sendiri memang dah lelah sangat dah dengan bayar tol ni, jadi, apabila Jalan Pintasan Rawang ni dibuka tanpa tol, memang sangat melegakan untuk mereka yang berulang-alik Kuala Lumpur, dan Rawang untuk berkerja. 

Apa kata, kita buat banyak lagi jalan tanpa tol? Hehe 

2. PROJEK TERGENDALA HAMPIR 6 TAHUN

Lebih tepat lagi, projek ini pernah tergendala selama 2132 hari dek prosedur dan proses-proses daripada pihak ketiga, yang langsung diluar kawalan JKR. 

3. PERJALANAN 2 JAM, JADI 30 MINIT

Sebelum ini, mereka yang memulakan perjalanan dari Bandar Rawang memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Tetapi, dengan lebuhraya 4 lorong Rawang Bypass, jadi 30 minit je walaupun pada waktu puncak! 

4. MELALUI TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Rawang Bypass dibina melalui jajahan Taman Warisan Negeri Selangor sebesar 108,000 hektar, iaitu Taman Warisan ketiga terbesar Semenanjung Malaysia. Maksudnya, sambil memandu di atas Rawang Bypass, korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat tenang.

 


5. PEMBINAAN MESRA ALAM

Antara sebab mengapa Rawang Bypass dibina sangat tinggi, dan juga jalan yang bengkang bengkok adalah untuk mengelak daripada terlalu banyak pokok-pokok ditebang, dan akan menjejaskan eko-sistem. Jalan yang bengkang-bengkok telah berjaya mengekalkan sebanyak mungkin pokok dibawah binaan lebuhraya itu. 

6. RUMAH KEPADA GIAM KANCHING 

Giam Kanching merupakan sejenis spesis pokok yang hanya terdapat di Malaysia sahaja, dan hanya di Taman Warisan Negeri Selangor sahaja. Disebabkan Giam Kanching sangat berharga kepada Malaysia, dan turut disenaraikan sebagai spesis terancam, pembinaan lebuhraya ini turut mengambil kira langkah-langkah untuk mengelakkan kerosakan pada spesis Giam Kancing. 

7. JALAN BERTINGKAT SEPANJANG 2.6KM, SETINGGI 60 METER

Ini merupakan fakta menarik yang menjadi faktor utama ramai ingin melalui jalan tersebut semata-mata, walaupun tiada urusan di Rawang. Bayangkan kalau Min ada kereta convertible dan lalu disini, disajikan dengan pemandangan hutan, dan angin malam. Peh!

hebat👍👍👍

Follow group Telegram info  

Tempat Bercuti Di Malaysia 👉🏻 https://t.me/bercutidimalaysia

Kredit: Malaysia Viral

Source 

Selasa, 23 Julai 2024

Kapal terbesar di dunia dipanggil "Icon of the Seas"

 


🔸Kapal terbesar di dunia dipanggil "Icon of the Seas". Kapal itu dikilangkan di Finland oleh syarikat pembinaan kapal yang dikenali sebagai Royal Caribbean International dan mempunyai kapasiti 5,610 penumpang dan 2,350 anak kapal.

🔸 "Ikon Lautan" adalah lima kali lebih besar dan lebih berat daripada Titanic, dengan berat 250,800 tan berbanding 50,210 tan untuk Titanic.

Credit 

Isnin, 22 Julai 2024

Pulau Elliðaey: Rumah Paling Sunyi di Dunia

 Pulau Elliðaey: Rumah Paling Sunyi di Dunia

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Pulau Elliðaey, sering digelar Rumah Paling Sunyi di Dunia, terletak di perairan Iceland. Pulau ini terkenal kerana hanya terdapat sebuah rumah sunyi di atasnya, dikelilingi oleh lautan luas yang memisahkannya dari dunia luar. Terletak di kepulauan Vestmannaeyjar, Elliðaey adalah salah satu daripada pulau-pulau terpencil di kawasan itu.

Pulau ini tidak berpenghuni dan rumah yang ada di sana sebenarnya digunakan oleh persatuan pemburu untuk beristirahat ketika mereka memburu burung puffin. Rumah tersebut tidak memiliki bekalan elektrik atau air paip, menjadikannya tempat yang sangat sunyi dan damai.

Cara Menuju ke Pulau Elliðaey

Untuk sampai ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki bot dari daratan utama Iceland ke kepulauan Vestmannaeyjar, dan kemudian menaiki bot kecil atau helikopter ke Pulau Elliðaey. Perjalanan ini bukanlah mudah dan memerlukan persiapan yang rapi serta cuaca yang baik.

Keunikan dan Cabaran Pulau Elliðaey

Pulau Elliðaey sangat terkenal kerana keunikannya. Ia dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi yang menjadikannya tempat perlindungan yang sempurna bagi burung-burung laut. Namun, cabaran utama untuk berada di pulau ini adalah ketiadaan fasiliti asas seperti elektrik, air, dan bekalan makanan. Pengunjung perlu membawa semua bekalan mereka sendiri dan bersedia untuk menghadapi keadaan cuaca yang sering berubah-ubah.

Sejarah Pulau Elliðaey

Pulau Elliðaey pernah dihuni oleh beberapa keluarga pada abad ke-18, namun mereka akhirnya meninggalkan pulau tersebut kerana kesukaran hidup di tempat yang terpencil dan sukar diakses. Kini, pulau ini digunakan sebagai tempat persinggahan sementara oleh pemburu burung puffin.

Walaupun sunyi dan terpencil, Pulau Elliðaey tetap menarik perhatian ramai kerana keindahan semula jadi dan misterinya. Pulau ini sering menjadi tumpuan fotografi dan dokumentari tentang kehidupan di tempat-tempat terpencil. Keindahan semula jadi dan ketenangan yang ada di pulau ini menjadikannya tempat yang ideal untuk melarikan diri dari kesibukan dunia moden.

Pembinaan Rumah di Pulau Elliðaey

Rumah yang terdapat di Pulau Elliðaey ini dibina oleh persatuan pemburu pada tahun 1950-an. Ia dibina sebagai tempat perlindungan sementara bagi para pemburu burung puffin yang sering berkunjung ke pulau ini. Proses pembinaan rumah ini menghadapi pelbagai kesukaran kerana keadaan geografi pulau yang terpencil dan tiada kemudahan asas. Pembinaan ini memerlukan bahan-bahan dibawa masuk menggunakan bot dan segala keperluan untuk pembinaan dibawa naik ke pulau melalui tebing-tebing curam.

Para pemburu terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan angin kencang semasa proses pembinaan. Mereka juga perlu memastikan bahawa rumah tersebut mampu menahan cuaca ekstrem dan memberikan perlindungan yang selamat. Kecekalan dan kesungguhan mereka dalam membina rumah ini menunjukkan betapa pentingnya pulau ini kepada mereka sebagai tempat persinggahan semasa musim pemburuan burung puffin.

Semoga artikel ini memberi inspirasi dan informasi berguna kepada semua pembaca. MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Credit 

PAS dakwa ada bincang kerjasama dengan pemimpin utama Umno

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 22, 2024
PAS mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pertemuan itu dibuat secara tidak formal namun tidak mendedahkan pemimpin Umno tersebut, lapor Utusan Malaysia.

Menurutnya, pemimpin utama Umno tersebut meluahkan 'rasa serba salah' bekerjasama dengan Kerajaan perpaduan yang didakwa merugikan Umno.

“Ia perbincangan itu ada dan ia bukan satu gerakan, tetapi lebih kepada harapan. Ia membabitkan pemimpin utama. Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden Umno.

“Malah, mereka juga berharap Presiden Umno berubah sikap kerana perubahan, visi misi yang cuba dibawa oleh Presiden Umno itu tidak sampai ke peringkat bawah, ini luahan mereka termasuk kepada saya sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tiada jaminan parti itu akan bekerjasama mana-mana gabungan politik bagi berdepan PRU16.
Ini kerana tegasnya, Umno hanya terikat dengan perjanjian untuk menguruskan negara bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap selepas PRU15.

Malah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Jalaluddin Alias turut mengakui kerjasama antara BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan hari ini baik di peringkat Persekutuan tetapi keadaan itu berbeza di peringkat negeri.

Kata Ahmad Fadhli lagi, daripada luahan tersebut, beliau yakin ramai pemimpin Umno mulai sedar akan kerjasama yang dibina bersama dengan PH tidak diterima orang Melayu, akhirnya parti itu dikhuatiri tewas dalam PRU-16 nanti.

“Sebab itu saya tidak kata mereka menyesal dengan kerjasama yang dibina bersama PH, tetapi lebih kepada serba salah. Rasa serba salah itu sebab Umno akan terpahat dalam sejarah sebagai orang yang mendukung PH untuk berada di puncak kuasa yang ada pada hari ini.

“Dalam keadaan ini, saya melihat UMNO sudah mula sedar apabila Timbalan Presidennya sendiri kata tiada jaminan Umno mahu kerjasama dengan siapa. Namun seperti saya katakan tadi, akhirnya yang tentukan kata putus adalah Presiden Umno,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, PAS tiada masalah dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, malah sedia menghulurkan tangan jika beliau ingin bekerjasama dengan parti Islam tersebut.

“ Kita bukan tidak suka orangnya, tetapi kita tidak suka sikapnya, itu sahaja. Kalau hari ini beliau (Ahmad Zahid) kata ingin bekerjasama dengan Pas, kalau sebut pukul 12..pukul 10 lagi kita sudah buka pintu. Kita bincang dan perkukuhkan kembali,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Umno dan PAS membentuk kerjasama menerusi Muafakat Nasional pada 14 September 2019 ketika kedua-dua parti itu menjadi pembangkang.

Bagaimanapun Muafakat Nasional tidak bertahan lama apabila Bersatu berpihak kepada Muafakat Nasional selepas keluar daripada gabungan PH pada 2020 dan membentuk kerajaan.

Pada 13 Oktober 2022, PAS menyatakan pendirian kekal bersama PN dalam menghadapi PRU15 selepas Ahmad Zahid memberi kata dua kepada parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

-wak Labu Farm 

Mayat Manusia di Angkasa: Apa yang Akan Terjadi?

 Mayat Manusia di Angkasa: Apa yang Akan Terjadi?

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Salah satu topik menarik dalam dunia sains dan angkasa adalah apa yang akan terjadi jika angkasawan mati di angkasa. Ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang keadaan mayat dalam persekitaran vakum dan tanpa graviti.

Apa yang Akan Berlaku kepada Mayat di Angkasa?

Dalam persekitaran vakum di angkasa, proses pembusukan mayat akan berbeza berbanding di Bumi. Di Bumi, mikroorganisma bertanggungjawab untuk proses pembusukan, tetapi di angkasa, ketiadaan udara dan mikroorganisma menyebabkan mayat tidak akan membusuk dengan cara yang sama. Berikut adalah beberapa kemungkinan keadaan mayat di angkasa:

1. Pembekuan: Dalam persekitaran vakum dan suhu yang sangat rendah di angkasa, mayat akan cepat membeku. Ini akan menghentikan sebarang proses pembusukan yang biasa berlaku di Bumi.

2. Pengawetan: Ketiadaan udara dan mikroorganisma menyebabkan mayat boleh kekal dalam keadaan yang hampir tidak berubah untuk tempoh yang sangat lama, berkemungkinan selama berjuta-juta tahun.

3. Dehidrasi: Dalam keadaan vakum, air dalam tubuh akan cepat menguap, menyebabkan mayat menjadi kering dan mumia.

Teknologi dan Pengurusan Mayat di Angkasa

NASA dan agensi angkasa lain telah memikirkan tentang prosedur untuk menguruskan kematian angkasawan di angkasa. Antaranya adalah:

1. Penyimpanan dalam Suit Angkasa: Mayat boleh disimpan dalam suit angkasa untuk mengelakkan sebarang pencemaran kepada persekitaran kapal angkasa.

2. Kapsul Khusus: Reka bentuk kapsul khusus untuk menyimpan mayat dan mencegah sebarang risiko kepada anggota kru yang masih hidup.

3. Penghantaran Pulang: Sekiranya misi angkasa lepas membenarkan, mayat boleh dihantar pulang ke Bumi untuk urusan pengkebumian yang lebih teratur.

Kesukaran Menguruskan Mayat di Angkasa

Menguruskan mayat di angkasa menghadirkan pelbagai cabaran unik:

1. Ketiadaan Graviti: Tanpa graviti, menguruskan dan mengendalikan mayat menjadi lebih sukar.

2. Ruang Terhad: Kapal angkasa mempunyai ruang yang sangat terhad, menjadikan penyimpanan mayat satu cabaran besar.

3. Kesihatan Mental Kru: Menguruskan mayat dalam ruang yang terhad boleh memberi kesan psikologi yang mendalam kepada kru yang masih hidup.

Keadaan Fizikal di Angkasa

Selain daripada suhu yang sangat rendah, ruang angkasa juga adalah vakum, yang bermaksud tiada udara untuk menyokong kehidupan atau proses pembusukan. Proses dekomposisi yang normal memerlukan oksigen dan mikroorganisma, yang kedua-duanya tidak terdapat di angkasa. Ini menyebabkan mayat tidak akan reput seperti di Bumi, tetapi akan membeku dan menjadi mumia.


Suhu di Angkasa

Suhu di angkasa boleh berbeza-beza bergantung kepada kedudukan relatif kepada sumber haba seperti matahari. Di kawasan yang terkena cahaya matahari langsung, suhu boleh mencapai sehingga 121°C (250°F), manakala di kawasan yang terlindung daripada matahari, suhu boleh menurun sehingga -157°C (-250°F).

Apakah yang Akan Terjadi Jika Angkasawan Terkena Angkasa Tanpa Suit?

Jika seorang angkasawan terkena angkasa tanpa memakai suit angkasa, beberapa perkara akan berlaku dengan cepat:

1. Kehilangan Kesedaran: Tanpa oksigen, angkasawan akan kehilangan kesedaran dalam masa 15 saat kerana kekurangan oksigen ke otak.

2. Pembekuan dan Dehidrasi: Tanpa tekanan atmosfera, air dalam tubuh akan mula mendidih dan menguap, menyebabkan tisu menjadi kering dan membeku.

3. Kematian: Kematian akan berlaku dalam masa satu atau dua minit akibat kekurangan oksigen dan keadaan ekstrem yang dihadapi oleh tubuh.

Kesimpulan

Dengan pengetahuan yang terus berkembang dalam bidang sains dan teknologi angkasa, pemahaman kita tentang bagaimana menguruskan situasi seperti kematian di angkasa akan terus bertambah baik. Ini adalah satu lagi bukti kebesaran ciptaan Allah dan kebolehan manusia untuk memahami alam semesta yang luas ini.

Source 

Ahad, 21 Julai 2024

DAP fokus tarik pengundi Orang Asli di Nenggiri

 Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, jentera pilihan rayanya telah dikerah berkempen menyokong calon BN untuk PRK 17 Ogos nanti.



Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang di Nenggiri. (Gambar JAPEN)

PETALING JAYA
DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri.

Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.

Pengundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita,katanya kepada FMT.

 Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN.

Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan.

Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’

Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya.

“Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR.

Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno,

 katanya.

Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.-FMT

Fakta:"George Town Sebenarnya Tanjong Penaga!"

 "George Town Sebenarnya Tanjong Penaga!"

George Town. Di sebalik kemegahan nama ini, tersembunyi sebuah kisah yang jarang didendangkan. Kisah tentang nama asal tempat ini, yang telah lama terpendam di lipatan sejarah. Ya, George Town sebenarnya Tanjong Penaga!

Kita kembali ke abad ke-18, sebelum Francis Light menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Pulau ini bukanlah tanah yang kosong, sebaliknya sudah lama dihuni oleh masyarakat Melayu. 

Dalam catatan beliau, selepas empat hari mendarat, beliau bertemu dengan lebih kurang 30 orang penduduk Melayu di kawasan pantai Tanjong Penaga.

Mereka menyebut tempat ini sebagai Tanjong Penaga, dinamakan sempena pokok penaga yang tumbuh subur di sekitar kawasan tersebut. Inilah nama yang dikenali oleh penduduk tempatan, termasuk pedagang dari Kedah dan Seberang Perai.

Mengapa Tanjong Penaga? Menurut catatan sejarah, kawasan ini khususnya di sekitar Fort Cornwallis sekarang dipenuhi dengan pokok penaga, sejenis pokok yang kuat dan tahan lasak. 

Nama ini mencerminkan kekuatan dan ketahanan penduduk asal yang telah lama menetap di sini. Bukan sahaja sebagai pelayar, malah mereka adalah pembuka tanah yang berani dan menjadikan Tanjong Penaga sebagai pusat penempatan dan perdagangan yang penting.

Namun, kisah Tanjong Penaga mula pudar apabila British tiba pada tahun 1786. Dengan sekelip mata, Tanjong Penaga bertukar nama menjadi George Town, sempena Raja George III. Penjajahan British membawa bersama mereka nama-nama yang asing, mengaburkan identiti asal tempat ini. 

Tetapi, di hati penduduk tempatan, Tanjong Penaga tetap hidup. Malah, sehingga kini, ramai orang tua di Pulau Pinang masih merujuk George Town sebagai Tanjong.

Nama ini terus kelihatan dalam semua geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga 1800.

Bukan sahaja George Town, tetapi banyak lagi nama asal di Pulau Pinang yang telah ditukar. Butterworth, contohnya, dahulunya dikenali sebagai Bagan Tuan Kechil. 

Seberang Perai pula pernah digelar Province Wellesley oleh British. Malah, Tanjung Kelawai, sebuah perkampungan nelayan yang kini hanya tinggal sebagai nama jalan dihimpit oleh pembangunan moden di Gurney Drive.

Prof. Datuk Ahmad Murad Merican dari USM menyarankan agar nama George Town dikembalikan kepada Tanjong Penaga sebagai satu bentuk pengiktirafan sejarah. 

Jika kita boleh mengabadikan nama-nama tokoh seperti Dr. Lim Chong Eu dan Karpal Singh, mengapa tidak kita menghormati nama asal yang telah lama wujud sebelum kedatangan penjajah?

Sebenarnya, saranan ini bukanlah baru. Pada tahun 1965 juga, Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang telah mencadangkan perkara yang sama. Namun, usaha ini tidak diteruskan. 

Sehingga kini, kita masih menggunakan nama-nama yang diwariskan oleh penjajah seolah-olah melupakan sejarah kita sendiri.

Cerita sebenar Pulau Pinang jauh lebih lama dan kaya daripada yang sering diceritakan. Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, Pulau Pinang telah pun didiami oleh masyarakat Melayu seawal abad ke-18. 

Batu Uban dan Gelugor adalah antara kawasan terawal yang diterokai oleh orang Melayu dengan masjid tertua, Masjid Batu Uban dibina pada tahun 1734.

Nama-nama seperti Datuk Jenaton Labu, Nakhoda Nan Intan dan Nakhoda Kechil adalah antara tokoh-tokoh yang membuka Pulau Pinang, jauh sebelum Francis Light tiba. 

Malah, Sultan Kedah pada masa itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II telah memberikan tanah kepada peneroka-peneroka ini sebagai pengiktirafan atas jasa mereka.

Jadi, kenapa kita masih memegang kepada naratif yang dicipta oleh penjajah? Kenapa kita tidak kembali kepada akar sejarah kita yang sebenar? 

George Town bukanlah sekadar nama, ia adalah simbol penjajahan yang mengaburkan identiti asal kita. Sudah tiba masanya kita mengembalikan nama Tanjong Penaga sebagai penghormatan kepada sejarah dan warisan kita yang sebenar.

Pulau Pinang bukanlah sekadar sebuah tempat. Ia adalah tanah yang kaya dengan sejarah, di mana masyarakat Melayu telah lama menetap dan membina tamadun mereka.

Tanjong Penaga adalah bukti kepada keberanian dan ketabahan mereka. Dan nama ini, haruslah kita kembalikan dan banggakan.

Kembalilah kepada sejarah kita yang sebenar. Kembalilah kepada Tanjong Penaga.

Oleh: Azizul Farhan

Source 

___


Tuduhan-tuduhan daripada pelbagai pihak pasal sejarah Melayu makin liar dan merepek di media sosial? Ada yang kata Melayu itulah, inilah. Jadi sekarang masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU I & II untuk betulkan minda korang daripada penyelewengan sejarah!


JSSM I: https://s.shopee.com.my/1B1rcxAnvJ

JSSM II: https://s.shopee.com.my/6V3Nym7YfP

'Qunut Nazilah ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza kenapa ada yang terasa' - Wan Ahmad Fayhsal

 bharian.com.my

Oleh Essa Abu Yamin 
essabuyamin@bh.com.my
Julai 21, 2024 @ 1:57pm
Reaksi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika mendengar usul tentang penggantungan beliau daripada sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Julai lalu di Bangunan Parlimen, pada 18 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, menafikan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, ditujukan kepada pemimpin kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, doa yang dibacakan itu ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza, Palestin seperti syarikat BlackRock.

"Saya ada di Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, membacakan Doa Qunut Nazilah.

"Beliau tidak tujukan kepada kerajaan Perpaduan, apatah lagi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul atau Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilaporkan memandang serius mengenai bacaan Qunut Nazilah oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, doa itu adalah bersifat umum dan tidak khusus kepada seteru politik seperti didakwa menteri berkenaan dan turut mempersoalkan mengapa menteri terbabit terasa dengan doa yang dibacakan berkenaan.

"Ingat prinsip usul fiqh dalam membuat penghakiman: al-hukm 'ala shay' far'un 'an tasawwurihi (membuat hukum ke atas sesuatu perkara mestilah dibuat selepas mendapat gambaran penuh tentang perkara itu.

"Nampaknya Menteri Dalam Negeri ini cepat bersangka buruk dalam soal ini. Jangan risau kami bukan Khawarij seperti yang kamu cuba momokkan!", katanya.

Kelmarin, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR menyifatkan bacaan doa itu sebagai satu dasar politik yang melampau dan harus ditolak biar pun terdapat perbezaan fahaman politik antara kerajaan dan pembangkang.

Katanya, perbuatan membaca Qunut Nazilah terhadap musuh politik juga tidak menggambarkan akhlak politik Islam.

"Semalam (Khamis lalu) Ahli Parlimen Jasin (Zulkifli) membaca Qunut Nazilah terhadap lawan politiknya. Ini bukannya akhlak politik Islam, jauh sekali hendak kata ini ajaran Islam.

"Dibacakan dalam Dewan Rakyat, jelas beliau (Zulkifli) cuba berselindung di sebalik imuniti Parlimen," katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin.

Khamis lalu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua ARMADA BERSATU digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan, dengan diiringi bacaan qunut nazilah oleh sebahagian Ahli Parlimen pembangkang lain.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) dalam satu kenyataan menasihatkan masyarakat supaya mengelak membaca qunut nazilah ke atas mana-mana orang Islam kerana ia dikhuatiri akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

Katanya, ia kerana bacaan doa itu ke atas orang Islam, sama ada musuh atau lawan sesama muslim tidak dibolehkan dalam apa-apa juga keadaan.

Selain itu, katanya, perbuatan sama tidak dibolehkan sekiranya Qunut Nazilah dibacakan ke atas orang Islam semata-mata kerana perselisihan faham atau pandangan yang biasa berlaku dalam politik dan seumpamanya.

-Wak Labu Farm