"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Rabu, 3 Julai 2024

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

 Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2024 – Kerajaan Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 63,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan Serta Reka Bentuk Rumah

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan RMR ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Ciri-Ciri RMR 2024

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina RMR mengikut negeri:

Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Pulau di Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM85,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Sabah/Sarawak/Labuan
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470

Reka Bentuk RMR

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa

Semakan Status Kelulusan RMR

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel: spnb_kedahg@spnb.com.my
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Negeri Sembilan
No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: 014-382 4979
Emel: spnb_n9@spnb.com.my
En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

Cawangan Terengganu
Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 /
Emel: spnb_ipoh@spnb.com.my
Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
En. Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
E-mail: spnb_johor@spnb.com.my
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Kelantan
Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-740 6546 / 740 6048
E-mail: spnb_kelantan@spnb.com.my
Mejar (B) Ismail Bin Hassan

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar

Cawangan Sabah
Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-274 663 / 013-880 8194
E-mail: spnb_sabah@spnb.com.my
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Rumah Mesra Rakyat diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama SPNB untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Kelayakan RMR?

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna


5. Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya.

6. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR?

Secara Online
1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
2. Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
3. Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
6. Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual
1. Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan RMR?

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
– Salinan kad pengenalan tuan tanah
– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah pemohon
– Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:
– Penyata bank 3 bulan terkini
– Pendaftaran Perniagaan (SSM)
– Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan RMR?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
– Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
– Tapak cadangan tidak sesuai
– Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah RMR diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air /elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina Rumah Mesra Rakyat sahaja.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon Rumah Mesra Rakyat perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika si mati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Credit 

Ini rupanya rahsia Syed Saddiq boleh lari 200 km dari Muar ke Parlimen

 


Sejak jumaat lepas, Ahli Parlimen  Muar Syed Saddiq melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Misi berkenaan bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar supaya dapat kekal beroperasi dengan membayar staff di pejabat sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.

Bukan mudah untuk membuat larian jarak jauh 200 Kilometer selama hanya 3 hari sahaja. Untuk anda yang sudah berusia 30 tahun ke atas, boleh ikuti teknik larian berikut.

Sebenarnya tiada jalan pintas untuk melakukan larian sepanjang itu dengan baik.

Namun terdapat beberapa faktor sangat penting yang boleh mempengaruhi prestasi larian anda, sekaligus membolehkan larian pada jarak tersebut boleh dilakukan dengan baik.

PANASKAN BADAN

Sebelum mula lakukan larian sebaiknya anda panaskan badan terlebih dahulu. Jika terus mula berlari dirisaukan kaki anda boleh ‘terkejut’ dan berlakunya kekejangan otot.

KASUT SESUAI

Kasut lama anda sudah ketat atau tapaknya sudah hilang cengkaman? Tukar sahaja kepada kasut baharu.

Ini kerana kasut yang ketat atau tidak cengkam boleh menyebabkan berlakunya kecederaan seperti melecet. Pakai kasut larian yang ‘true-to-size’ dengan kaki anda.

MULAKAN DENGAN PERLAHAN

Ingat, anda sudah lama berehat daripada berlari. Jadi mulakan larian dengan perlahan dan langkah kaki lebih kecil.

Ini bagi mengurangkan risiko kaki mudah sakit dan cedera. Perlahan tetapi konsisten.

CARA PERNAFASAN

Bagi menikmati larian yang lebih lama dan jauh anda perlu berlari dengan mengamalkan teknik pernafasan dengan baik.

Paling penting elakkan kepada anda tunduk ke bawah semasa berlari. Dan janganlah juga terlalu mendongak ke atas.

JAGA KELAJUAN LARIAN

Salah satu cara untuk mendapatkan larian berkualiti dan jarak lebih jauh ialah menjaga kelajuan larian.

Jika semasa berlari nafas anda tidak tercungap-cungap itu bermakna anda melakukannya dengan betul dan baik.

Jika berasa seperti tidak cukup nafas perlahankan sedikit larian dan kembalikannya dengan betul.

USAH GELOJOH

Sesetengah orang terlalu teruja dan gelojoh melakukan larian hingga tidak sedar bahawa badan mereka tidak bersedia untuk larian lebih jauh atau laju.

Buat permulaan, fokus kepada sejauh mana anda boleh berlari kerana pembakaran kalori itu juga bergantung kepada jarak larian dan kadar denyutan jantung.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda mendapatkan larian yang lebih baik di masa akan datang.

-TheMalaysiaLife 

6 penentang Bersatu yakin tiada PRK

 Bagaimanapun Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman berkata mereka kekal sebagai wakil rakyat bebas dan hanya akan menyertai parti baharu selepas tamat penggal PRU15.



Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman minta semua pihak menghentikan spekulasi dan menunggu keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Bersatu yang terlucut keahlian yakin tidak akan berlaku kekosongan kerusi seperti diramal pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang mewakili kumpulan berkenaan mendakwa mereka tidak pernah keluar parti, yang membolehkan berlaku kekosongan kerusi mengikut Akta Anti Lompat Parti.

“Kami masih Ahli Parlimen yang sah dan tidak pernah meninggalkan parti yang kami sertai… kami dipecat dan untuk itu kami yakin kekal menjadi wakil rakyat dan tidak akan berlaku kekosongan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

“Status kami sekarang Ahli Parlimen bebas menyokong kerajaan, saya harap lepas ini tiada lagi spekulasi sebab di sana sini orang meramalkan esok PRK esok PRK… tunggulah speaker umum,” katanya sambil tersenyum.

Turut hadir, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan perpaduan iaitu Zahari Kechik (Jeli), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul pada 24 Jun mengesahkan menerima notis daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee dan akan membuat keputusan dalam 21 hari berhubung permohonan mengosongkan enam kerusi wakil rakyat menentang parti itu.

Suhaili berkata pindaan Perlembagaan Bersatu pada Mac lalu juga disifatkan sebagai cubaan pucuk pimpinan Perikatan Nasional(PN) untuk menganiaya mereka melepaskan kerusi berkenaan.

“Pindaan Perlembagaan Bersatu hanya berkuatkuasa pada 1 April sedangkan kami menyatakan sokongan kepada PMX (Anwar Ibrahim) sebelum itu lagi.

“Ia dipinda dengan niat jahat untuk pastikan kemi berenam sebagai kambing hitam atau lebih jelas kami dianiaya pucuk pimpinan Bersatu dan PN hanya kerana kami memilih untuk mengutamakan rakyat daripada terus menyokong pembangkang yang tanpa henti menghentam kerajaan,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu terhadap Perkara 10 yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Jika itu terjadi, mereka perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK.

Suhaili menambah mereka kekal sebagai Ahli Parlimen bebas dan hanya akan menyertai parti baharu selepas tamat penggal PRU15, iaitu berbaki tiga setengah tahun.

“Kita cukup arif dengan Akta Anti Lompat Parti bermakna andai kata kami berminat nak sertai mana-mana parti, ia mestilah selepas habis tempoh PRU15.

“Selepas itu baru kita putuskan mana nak pergi,” katanya.-FMT

Selasa, 2 Julai 2024

Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini

 Faida Rahim

Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PETALING JAYA:
Wakil pemaju terkejut rumah dirobohkan milik Sharifah AiniKediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini di sini, kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Ambia Sdn Bhd pada bulan lalu.
Menurut wakil syarikat pemaju, CT Tang, mereka pada awalnya tidak mengetahui tapak dan kediaman yang dibeli itu merupakan milik penyanyi terkenal terbabit.
Tambah Tang, syarikat Al-Ambia membeli kediaman itu dengan harga sekitar RM4 juta dan dia terkejut apabila masuk ke salah satu ruangan di dalam banglo itu dan mendapati banyak koleksi kaset dan cakera padat (CD) milik Allahyarham.
“Saya masuk ke salah satu bilik, saya nampak banyak kaset, CD lama milik Sharifah Aini. Saya terkejut. Sebelum proses robohkan rumah dijalankan, saya tidak tahu itu rumah dia (Allahyarham Sharifah Aini).
"Saya tertanya-tanya ini siapa punya rumah. Rumah ini datang dengan reka bentuk dan kayu mahal yang lama. Semua kaset disusun rapi dalam bilik tersebut," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Menurut Tang, projek yang sedang dibangunkan di atas tapak rumah itu merupakan sebuah bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa sekitar tiga bulan.
Tambah Tang, dia turut kagum dan memuji reka bentuk asal banglo besar bernombor 42 yang berkeluasan 20,000 kaki persegi itu.
"Memang sangat cantik reka bentuk rumah asal ini," jawabnya ringkas.
Sementara itu, seorang buruh yang ditemui di tapak itu, berkata sebuah lori membawa keluar semua kaset dan CD milik Allahyarham sekitar bulan lalu.
Seorang kenalan terdekat Allahyarham yang enggan dinamakan dalam pada itu, menyatakan barangan peribadi Allahyarham terutama yang berkaitan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Beliau berkata, tujuan anak Allahyarham, Aliff Omar Ali, menjual banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu adalah disebabkan terlalu besar untuknya empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.
"Rumah itu terlalu besar untuk didiami empat beranak. Itu tidak termasuk kos selenggara yang mahal. Saya difahamkan bil elektrik sahaja mencecah RM2,000 sebulan. Aliff tiada pilihan lain selain menjual rumah tersebut.
Difahamkan juga, perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga lain selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook.
Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Kediaman gah itu juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Dilengkapi perpustakaan dan dua dapur, banglo tersebut juga mempunyai sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah.
-AstroAwani 

'Cakap kosong dan bohong': Anwar dikecam konon 'jamin' kemasukan bukan Bumiputera ke dalam matrikulasi

 Peguam hak asasi dan kumpulan pendidikan berkata syarat keputusan 10A dalam SPM tidak mengubah apa-apa dalam isu bukan Bumiputera mendapatkan tempat di universiti awam.



Kumpulan hak asasi berkata pengumuman perdana menteri hanya mengenepikan nasib pelajar cemerlang bukan Bumiputera tetapi tidak mendapat kelulusan SPM 10A atau lebih.

Dua kumpulan yang memperjuangkan isu pendidikan dan hak asasi menyelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas pengumumannya yang kononnya memberikan peluang sama rata kepada pelajar semua kaum dalam kemasukan ke program matrikulasi, mengatakan ia hanya "kata-kata indah" yang langsung tidak menangani isu dan kritikan mengenai diskriminasi dalam sistem pendidikan negara.

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Lawyers for Liberty berkata syarat yang mengehadkan langkah itu kepada pelajar yang mendapat markah 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan tidak ada apa-apa yang berubah.

PAGE berkata kebanyakan pelajar SPM menduduki maksimum sembilan mata pelajaran, selain tidak ramai pelajar bukan Bumiputera yang mahukan tawaran ke matrikulasi. 

Pengerusi PAGE Noor Azimah Rahim berkata berdasarkan sistem kuota sedia ada, terdapat kira-kira 40,000 tempat di pusat-pusat matrikulasi. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 90% adalah untuk pelajar Bumiputera, 5.5% atau 2,200 pelajar Cina dan 3.5% atau 1,400 untuk pelajar kaum India. 

"Kemungkinan besar pelajar cemerlang 10A yang memohon sudah pun ada tempat matrikulasinya berdasarkan sistem kuota ini," Noor Azimah memberitahu MalaysiaNow.

"Jadi jaminan yang diberi itu semata-mata kata indah penyeri mata, penenang fikiran yang sebenarnya bukan isu."

Dalam nada sama, LFL berkata bilangan tempat yang sedikit untuk pelajar bukan Bumiputera di bawah kuota sedia ada bermaksud mereka yang mencapai 10A sudah tentu diterima masuk.

"Ini kemudiannya menimbulkan persoalan bagaimana pengumuman ini memulihkan atau menambah baik sistem kuota sedia ada yang yang tidak adil ini," kata pengarah LFL, Zaid Malek.

"Ia hanya mewujudkan satu lagi halangan pelajar bukan Bumiputera melanjutkan pengajian tinggi. Bagaimana pula dengan nasib pelajar cemerlang bukan Bumiputera yang mendapat 9A, 8A atau 7A? Pengumuman Anwar mengabaikan mereka."

Anwar baru-baru ini berkata Kabinet bersetuju memberikan jaminan kemasukan ke matrikulasi bagi pelajar cemerlang tanpa mengira kaum, sambil menyifatkan keputusan itu akan "meredakan ketegangan kaum" yang dihadapi Kementerian Pendidikan. 

Bagaimanapun, syarat yang dikenakan mengundang pelbagai kritikan.

Ramai di media sosial berkata ia tidak mengubah apa-apa, tetapi hanya mengekalkan polemik perkauman tentang polisi kemasukan program matrikulasi. 

Noor Azimah berkata ramai pelajar bukan Bumiputera yang meraih keputusan cemerlang 10A mengimpikan tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dan jaminan penempatan untuk jurusan perubatan. 

"Kita berpeluang untuk memikirkan dan menghalang krisis 'brain drain' ini dengan memberikan penawaran yang setara kepada semua pelajar yang paling cemerlang," katanya.

Beliau memberi contoh program biasiswa Asean oleh Kementerian Pendidikan Singapura yang menyasarkan pelajar paling cemerlang setiap tahun. 

Zaid berkata pengumuman terbaru Anwar "diperagakan sebagai sesuatu yang baharu dan progresif".

"Amat mengecewakan bahawa PM 'reformis' tidak kisah dengan struktur perkauman yang sebati dalam program matrikulasi hasil daripada kuota kaum sedia ada untuk program matrikulasi."

Beliau berkata, pengumuman itu bukan sahaja "tidak bermakna" tetapi juga bersifat "pembohongan" di sebalik peruntukan perlembagaan.

"Keputusan kerajaan Madani ini tidaklah merupakan apa-apa yang berani kerana ia bimbang dengan konservatif Melayu sehingga menjejaskan rakyat bukan Bumiputera dengan mengekalkan pelanggaran Perkara 153 Perlembagaan seperti mana kerajaan terdahulu."

Pengumuman oleh Anwar itu hampir setahun selepas dikritik mengenai cara beliau menangani soalan seorang pelajar berbangsa India mengenai kuota berasaskan kaum dalam sistem pendidikan.

Dalam sesi "Temu Anwar" menjelang pilihan raya enam negeri tahun lalu, perdana menteri dilihat beberapa kali cuba memotong penjelasan pelajar itu.

“Kalau awak ikut sesi 'Temu Anwar'... ada orang tanya soalan itu dan saya sudah jawab. Lain kali ikut," katanya, sebelum mengkritik pelajar itu kerana tidak berlaku adil kepada Bumiputera di sekolah pedalaman.

Anwar juga berkata jika beliau menunaikan permintaan memansuhkan sistem kuota, ia akan menyebabkan beliau kalah dalam pilihan raya.

Kolej Matrikulasi adalah alternatif kepada Tingkatan Enam atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menawarkan program pra-universiti kerajaan. 

-MalaysiaNow 

'Untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, tunggu saya berlari dulu' - TPM Fadillah

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Gambar fail

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berseloroh ketika ditanya mengenai status peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

-ADVERTISEMENT-

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, beliau cuma memberi maklum balas 'untuk peruntukan tunggu saya berlari (terlebih) dulu."

Selepas itu, tiada ulasan lanjut oleh Fadillah mengenai status peruntukan diminta Ahli Parlimen pembangkang.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa wakil rakyat pembangkang termasuk dirinya masih lagi berdepan diskriminasi untuk memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan inisiatif 'Langkah Muar' dengan membuat larian sejauh 200 kilometer untuk mengumpul dana bagi kawasan Parlimennya.

Syed Saddiq memulakan 'Langkah Muar' pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Beliau memulakan larian dari Muar bermula Jumaat lalu dan tiba di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi inisiatif berkenaan, beliau berjaya meraih kutipan dana berjumlah RM160, 000 .

Syed Saddiq juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

"Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

"Ini bukan soal rundingan tetapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya

-BH Online