"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Isnin, 27 Mac 2023

Koleksi Resepi:Daging Masak Ros

 Resepi Daging Masak Ros



Bahan

1 kilo daging dihiris nipis

Bahan kisar dgn secawan air.

2 biji bawang besar yg sederhana besarnya

4 ulas bawang putih

2 ruas jari halia

2 ruas jari lengkuas

3 biji buah keras

1 btg serai

1 biji tomato yg besar potong kecil dulu sblom dikisar

10 batang cili merah besar/cili hidup

5 batang cili padi merah jika suka pedas,

*semua bahan di atas dipotong kecil dulu sblom dikisar supaya mudah hancur.

Cara.

Tumis

2 btg kulit kayu manis sekejap kemudian masukkan

2 helai daun pandan yg panjang *disimpul dulu, biar sekejap smpi wangi,kemudian masukkan

2 btg serai *diketuk dulu,masukkan pula bahan kisar,

Masak biar smpi mendidih,kemudian baru masukkan daging.

Masak smpi daging empuk.*periuk kena sentiasa ditutup tudung sb masakan ini merecik.

Bila daging dah empuk masukkan,

5 helai daun limo purut, sekeping gula melaka, garam,serbuk secukup rasa megi.

Akhir sekali tambah

1 cawan susu cair, masak lagi sehingga lebih pekat,*api perlahan semasa ini.

Jika suka tomato tambah tomato ceri setelah api ditutup.

*Seeloknya bila kuah dh mendidih perlahankan api.

*Kuah daging kena adjust sendiri macamana nak,okayh

credit : Makcik Ratu

Jumaat, 10 Mac 2023

Kenyataan media Tan Sri Muhyiddin selepas soalsiasat SPRM selama 8 jam

 MUHYIDDIN bercakap kepada wartawan di luar perkarangan Ibu Pejabat SPRM. FOTO Asyraf Hamzah

MUHYIDDIN bercakap kepada wartawan di luar perkarangan Ibu Pejabat SPRM. FOTO Asyraf Hamzah

KENYATAAN MEDIA

1.  Saya datang pagi tadi untuk membolehkan SPRM merakam percakapan tambahan saya. Saya hadir tanpa paksaan untuk membantu siasatan walaupun pada saya ini satu penindasan politik dan penganiayaan terhadap saya dan BERSATU.

2. SPRM membangkitkan 2 perkara iaitu:

a) Projek JANAWIBAWA.

b) Rayuan Pembatalan Cukai oleh TS Syed Mokhtar.

3. Janawibawa 

3.1 Janawibawa adalah projek semasa Pandemik Covid-19 untuk membangunkan semula ekonomi negara khususnya untuk menyelamatkan kontraktor bumiputera yang akan jatuh bankrap. Sedihnya, ini dijadikan modal politik seolah-olah ini satu skim utk mencuri wang negara. 

3.2 Itulah  sebabnya jumlah yang dituduh berubah-ubah dari RM600B ke RM530B kemudian turun mendadak ke RM92.5B, turun lagi ke RM4.5B dan akhirnya RM300juta. Menggunakan fitnah ini, SPRM membekukan akaun bank BERSATU untuk menghancurkan BERSATU. Inilah jahatnya fitnah. 

3.3  SPRM seharusnya mengetahui dari semua keterangan yang diambil bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa atau perbuatan merasuah. Amatlah malang jika wang dalam akaun  BERSATU yg merupakan dana politik dianggap sebagai suapan.

3.4 Saya telah menegaskan bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang. Saya bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan. Kuasa melulus adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Kewangan. Saya sekadar melaksanakan keputusan kabinet yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa. 

3.5 Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. 

3.6 Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka. SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang. 

3.7 Jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa?

4. Rayuan Pembatalan Cukai 

4.1  Perkara kedua ialah Rayuan Pembatalan cukai daripada Yayasan AlBukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

4.2  Tan Sri Syed Mokhtar adalah kawan baik saya yang saya telah kenal lebih 30 tahun lalu. Beliau adalah seorang hartawan dan dermawan Melayu yang terkenal yang akrab dengan saya.

4.3 Inilah fakta nya:

a) Yayasan Al-Bukhary menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan khususnya membangunkan Islam dan membantu umat Islam.

b) Atas semua itu, Yayasan ini diberikan kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan BN sebelum ini. 

c) Selepas PRU 14, kerajaan gabungan PH tertubuh. Menteri Kewangan dari DAP Lim Guan Eng telah membatalkan Pengecualian yang telah pun diluluskan kepada Yayasan alBukhary.

d) semasa saya menjadi PM, Tan Sri Syed Mokhtar telah membuat rayuan atas pembatalan tersebut.

e) saya telah meminitkan - "Sila teliti rayuan ini. Sekiranya teratur, saya tiada bantahan".

f) rayuan ini telah dipertimbangkan oleh MOF dan LHDN dan kemudiannya diluluskan.

g) oleh sebab minit saya tersebut, saya kini didakwa menyalahgunakan kuasa. 

4.6  Jika ada sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar, ia adalah sumbangan politik yang  dimasukkan terus ke akaun BERSATU, bukan ke akaun saya. Satu sen pun daripada sumbangan tersebut tidak diberikan kepada saya untuk kegunaan saya. 

4.7  Saya tahu Tan Sri Syed Mokhtar ada memberikan sumbangan kewangan kepada parti-parti politik selama berpuluh tahun. Ini termasuk parti-parti politik pemerintah. Jika Tan Sri Syed Mokhtar juga ingin memberikan sumbangan kepada  BERSATU sebagai parti yang memperjuangkan dasar-dasar yang baik untuk orang Melayu dan negara, di mana salah nya? 

4.8 Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi Kementerian Kewangan supaya meluluskan rayuan tersebut. 

4.9  Saya telah jelaskan semua ini kepada pegawai penyiasat SPRM. Dalam keadaan biasa, tiada asas untuk mendakwa saya di bawah mana-mana undang-undang. 

4.10 Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya  tetap akan didakwa. 

5. Kesimpulan 

5.1 Dari dua perkara yang saya sebut tadi, mereka telah mengembangkannya menjadi 7 pertuduhan ke atas saya. Tujuannya adalah untuk memalukaan saya dengan mengheret saya ke mahkamah esok. Pendakwaan terpilih ke atas saya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, semata-mata untuk melumpuhkan dan menghancurkan BERSATU dan Perikatan Nasional. 

5.2 Anwar Ibrahim tahu bahawa Perikatan Nasional mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera dan akan menang besar dalam enam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. 

5.3 Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah s.w.t. jua, Anwar, Pakatan Harapan dan parti-parti yang bersekongkol dengannya, akan dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya. 

5.4 Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah

YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

9 Mac 2023

8.30 malam

Ahad, 5 Mac 2023

Syarikat Jepun minat labur RM140 juta di Kelantan

 

KOTA DARULNAIM: Sebuah syarikat dari Jepun yang berasaskan pembangunan produk karbon berminat melabur RM140 juta di Kelantan.

Pelaburan tersebut adalah bagi membina fasiliti ‘Waste Plastic Carbonization and Volume Redaction System‘ yang akan menghasilkan ‘Activated Carbon‘.

Bahan ini akan digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk seperti carbon plate, elektrod yang akan digunakan dalam kapasitor, filter pelbagai gred, penebal haba dan pelbagai lagi produk yang menggunakan karbon sebagai bahan asas.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dato’ Dr Izani Husin sewaktu menerima kunjungan delegasi daripada Ohgi Technological Creation Co (Ohgi) di MABNA-MBI, semalam.

Rombongan tersebut diwakili Pengasas Ohgi,  Takehiko Ohki, Pengasas Bersama Ohgi, Ryuichiro Kuboshima dan wakil Syarikat Bersekutunya, J Global Trading Sdn Bhd.

Ohgi yang berpangkalan di Tokyo memfokus kepada pembangunan produk berasaskan karbon yang digunakan dalam bidang perubatan, makanan, pembinaan dan sebagainya.

Ohgi juga banyak terlibat dengan kajian pembangunan bersama Universiti Ryukoku bagi membangunkan pelbagai produk baharu yang berasaskan karbon.

Setakat ini Ohgi memegang 181 paten pelbagai rekaan produk.

“Pihak Ohgi berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan Siso Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd (PPSMP) selaku Syarikat Bersekutu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) bagi menaik taraf sistem pengurusan tapak pelupusan di Daerah Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang,” katanya. – UPKN 


Sensasi: Lebih 5 das tembakan bunuh isteri

 ANGGOTA polis di hadapan rumah suspek. FOTO Aizat Sharif

ANGGOTA polis di hadapan rumah suspek. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Seorang suri rumah maut selepas ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Simpang Empat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 pagi di dalam bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.

Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh yang berusia 27 tahun.

Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.

Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu bertempiaran lari meninggalkan rumah.

"Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.

"Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.

"Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan dan apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya," katanya.

Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.

"Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai berhampiran katil dimana mayat mangsa ditemui.

"Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku sebarang pergaduhan atau pertikaian antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

"Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.

"Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar, esok untuk perintah reman.

-myMetro