Sabtu, 15 Oktober 2022

COVID-19: 2,231 kes baharu, lima kematian dicatat

 COVID-19: 2,231 kes baharu, lima kematian dicatat

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,557 dengan 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Jumaat naik ke 2,231 berbanding 2,090 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, lima kes kematian dicatat semalam.
Daripada jumlah itu, satu kematian luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID) dilaporkan.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,557 dengan 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, PKRC.
Manakala, 976 pesakit mendapat rawatan di hospital.
34 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 21 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,473 kes sembuh.
-AstroAwani 

0 ulasan:

Catat Ulasan