DRAMA SKETSA PENING PEMILIHAN PKR 2025 CURI TUMPUAN KERANA TERLALU BANYAK KEJADIAN LUAR TABIE, AKUI RAFIZI
1. 1 Februari 2025, PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini. Jawatan Presiden PKR disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.
2. Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini. "Ia (pandangan) untuk memastikan dalaman parti itu lebih tenang serta melancarkan khidmat bakti kepada rakyat memandangkan pilihan raya hanya berbaki kira-kira dua tahun lagi.
3. 1 Mac 2025, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Akin, berkata perbincangan masih berjalan berhubung cadangan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti ketika pemilihan yang dijadualkan diadakan pada Mei. Peluang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengekalkan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kelihatan cerah apabila mendapat sokongan daripada presiden parti, Anwar Ibrahim.
4. Anwar berkata, beliau beliau telah mengamanahkan Rafizi, yang juga menteri ekonomi, untuk menjadi timbalannya, dan beliau harus diberi ruang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. “Biar Rafizi diberi laluan mudah,” kata perdana menteri itu pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan cabang Selangor semalam.
5. 25 Mac 2025, Saifuddin memulakan serangan politik terhadap Sanusi dengan harapan dapat mencuri perhatian negara khususnya penyokong-penyokong PKR menjelang pemilihan PKR dengan menyalahkan pentadbiran Sanusi yang membiarkan pasukan bolasepak KDAFC menghadapi kemelut kewangan. Saifuddin cuba memancing penyokong-penyokong pasukan bolasepak seandainya Saifuddin dan PH dipilih menjadi kerajaan Kedah, masalah kewangan KDAFC akan dapat diselesaikan
6. Pada 29 April 2025, Saifuddin tergagap-gagap menjawab di mahkamah berkaitan fitnah Saifuddin ke atas Sanusi berhubung isu REE di Kedah. Berikut kemaluan yang amat besar disaman Sanusi seorang figura besar di Kedah, maka demi menyelamatkan maruah Saifuddin yang banyak tercalar selain isu anak nikah di Siam, Saifuddin tanpa rasa malu menyaman seorang netizen rakyat biasa bernama Tam Jebat, bagi mengangkat ego beliau dan cuba meraih sokongan daripada penyokong-penyokong PKR
7. Banyak pihak menyatakan sokongan dan simpati kepada Saifuddin dan menggesa agar PKR bersedia memberikan laluan kepada Saifuddin untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR
8. Rafizi mengamuk terhadap sistem pemilihan PKR yang seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan Rafizi apabila ramai orang-orang kuat Rafizi kalah dalam pemilihan yang dianggap seperti pemilihan 'badan tanpa kepala'
9. Pada 2 Mei 2025, Anwar dalam mesyuarat kabinet mengumumkan Rafizi sedang bercuti tanpa memaklumkan alasan bercuti. Banyak pihak membuat spekulasi Rafizi merajuk dengan sistem pemilihan yang seolah-olah cuba menjatuhkannya daripada jawatan Timbalan Presiden melalui pemilihan tahun ini
10. Pada 5 Mei 2025, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran mengenepikan persaingan dalaman dan memberi laluan mudah kepada Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengisi kerusi Timbalan Presiden parti itu, susulan spekulasi mengenai peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli. Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, langkah tersebut bukan sahaja mampu menjaga kestabilan parti menjelang pemilihan, malah memberi ruang kepada Saifuddin untuk memainkan peranan penting sebagai orang nombor dua dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin parti.
11. Pada 7 Mei 2025, Rafizi tampil memberikan penjelasan melalui kenyataan media bahawa dia telah bersemuka dengan Saifuddin bagi memaklumkan kesediaan Rafizi menarik diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, namun Saifuddin memberikan sokongan kepada Rafizi untuk terus mempertahankan jawatan dan bertanding dalam pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden. Rafizi juga mengesahkan dalam pertemuan dua kali dengan Anwar, bahawa Anwar menyokong Rafizi untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. Rafizi merasa lega dengan luahan sokongan daripada dua figura utama PKR ini.
12. Pada 8 Mei 2025, dua orang kanan Saifuddin yang merupakan pegawai tinggi dalam KDN tiba-tiba diserbu dan ditahan untuk disoal siasat berkaitan kes rasuah mohon warganegara serta penemuan wang tunai daripada rumah salah seorang pegawai terbabit. Ada yang cuba mengaitkan tindakan serbuan SPRM ini sebagai cubaan menghentikan kemaraan Saifuddin dalam politik PKR yang awalnya dikatakan calon terbaik untuk mencabar Rafizi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR
13. Rafizi yang mulanya menjangkakan bakal menghadapi saingan daripada Saifuddin tergamam apabila Nurul Izzah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Syamsul Iskandar Akin menyatakan sokongan kepada pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR. Kenyataan ini kemudiannya disambut dengan sokongan daripada banyak cabang dan PKR beberapa negeri.
14. Saifuddin yang dikatakan bakal calon pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR tiba-tiba mengumumkan tidak akan bertanding kononnya untuk memberikan laluan kepada Nurul Izzah. Ini disusuli pula beberapa kenyataan pemimpin PKR memberikan sokongan kepada Nurul Izzah sekaligus ia beri tamparan tepat ke muka Rafizi.
15. Tan Sri Azam Baki dilanjutkan kontrak sebagai Ketua Pengarah SPRM atas khidmat cemerlang. Nurul Izzah yang sudah lama tidak bersuara secara tiba-tiba mengkritik perlantikan itu. Sesuatu tindakan yang misteri dan mengundang kepada banyak persoalan daripada pihak pengkritik politik.
16. Pada 10 Mei 2025, dalam forum khas Yang Bakar Menteri, Yang Berhenti Menteri, Rafizi yang sedar nyawa politik dalam kesesakan mengugut untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan seandainya tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Seperti biasa, Rafizi main ugut-ugut untuk tarik perhatian ramai.
17. Dia menyifatkan pemilihan PKR tahun ini adalah pelik, Luar Tabie kerana banyak pemimpin PKR berjawatan Menteri kalah di peringkat cabang hanya kerana Menteri berkaitan dilihat mempunyai pandangan politik yang selari dengan Rafizi atau lebih tepat berada dalam kem Rafizi. Dia percaya ada tangan dari dalam PKR sendiri atau disebut sebagai kartel yang berkomplot untuk menjatuhkan Rafizi dan rakan-rakannya.
18. Bagi UMNO pula, penarikan diri Saifuddin yang proUMNO seperti memberikan isyarat hampa kepada hubungan BNPH. Manakala bagi DAP pertembungan Nurul Izzah yang proDAP dengan Rafizi juga proDAP memberikan isyarat perjalanan politik negara yang cerah untuk mencapai matlamat dan cita-cita politik DAP.
Khalid Hamka
Kuala Kedah