Mengapa UEC Tidak Boleh Diiktiraf dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan?
Dan kalau IPTS boleh terima, kenapa Kerajaan tak boleh iktiraf? Kekeliruan timbul kerana ramai mencampur-adukkan dua perkara yang sangat berbeza.
⤵️⤵️⤵️
Pertama, kelayakan masuk IPTS bersifat market-driven admission. Maka, IPTS bebas tetapkan standard masing-masing. Manakala, pengiktirafan sebagai kelayakan kebangsaan pula tertakluk kepada undang-undang, kurikulum negara dan kawal selia rasmi. Jadi, ini dua perkara yang berbeza. Dua dunia ini tidak serupa.
⤵️⤵️⤵️
Kedua, untuk memahami isu ini secara lebih objektif, kita perlu lihat bagaimana Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sendiri menguruskan realiti dasar negara.
Tahukah kita, di hampir semua SMPC di Malaysia, sistem pembelajaran adalah bersifat DWI-ALIRAN.
Maksudnya, hampir SEMUA pelajar SMPC menduduki SPM pada Tingkatan 5, umur 17 tahun, kerana ini satu-satunya kelayakan kebangsaan yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
Pelajar kemudian menyambung di SMPC yang sama, untuk menduduki UEC pada Senior Middle 3, pada umur 18 tahun dalam pendidikan menengah tinggi 3 (setara Tingkatan 6), untuk melanjutkan pengajian ke IPTS atau universiti luar negara.
Ini bermaksud, komuniti SMPC sendiri mengiktiraf bahawa SPM ialah kelayakan rasmi negara, manakala UEC ialah kelayakan komuniti untuk laluan alternatif bagi mengukuhkan sistem pendidikan SMPC itu sendiri. Jelas sekali, kedua-duanya tidak bertindih dari segi fungsi.
⤵️⤵️⤵️
Sebenarnya, ada kurang lebih dalam 8,000-10,000 murid yang mengikuti SPM ketika 17 tahun, DAN UEC ketika 18 tahun pada setiap tahun.
Dalam yang mengambil SPM itu, ada kurang lebih, dalam 10-15%, iaitu 1000+ yang tak layak mendapat sijil SPM ketika di Tingkatan lima, iaitu tidak berjaya lulus sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Sejarah.
Maksudnya, lingkungan itulah bilangan yang mungkin bermasalah untuk masuk ke IPTA dan sektor awam. Selebihnya, 85%-90%, Insya-Allah, boleh meneruskan di mana-mana IPT DENGAN SIJIL SPM DAN SIJIL UEC SEBAGAI NILAI TAMBAH.
⤵️⤵️⤵️
Namun, kelompok tanpa sijil SPM ini masih boleh meneruskan pengajian di mana-mana IPT yang menerima UEC sebagai SYARAT TUNGGAL TANPA SPM, yang rata-ratanya di luar negara. Sebab syarat asas dan teras ke IPTA ialah SPM, sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, itupun kena bersaing dengan lain-lain pemohon secara berasaskan merit.
⤵️⤵️⤵️
Apa maksud pengiktirafan yang dituntut? Ini paling penting untuk difahami.
Jika tuntutannya, mengiktiraf UEC sebagai SYARAT TUNGGAL kemasukan ke IPTA dan sektor awam, maka, itu yang menjadi pokok perbahasan.
Namun, jika UEC sebagai nilai tambah, seperti yang diamalkan sekarang, tidaklah menjadi isu. Sama keadaannya dengan peperiksaan lain seperti IGCSE, IB, SAT, dan lain-lain peperiksaan. Sebab itu, tidak timbul isu IGCSE atau IB dipertikaikan walaupun mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Baik. Izinkan saya kupas begini. Saya akan terangkan EMPAT SEBAB UTAMA UEC TIDAK BOLEH DIIKTIRAF dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai SYARAT TUNGGAL.
🔽🔽🔽
1. UEC Tidak Dikawal Selia oleh Badan Peperiksaan Negara atau Antarabangsa
Setiap kelayakan kebangsaan atau antarabangsa mesti melalui audit, moderasi, verifikasi pemarkahan dan standardisasi global:
SPM → Lembaga Peperiksaan (LP)
STPM → Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
IGCSE → Cambridge Assessment International Education (CAIE)
IB → International Baccalaureate Organization (IBO)
UEC?
UEC tidak berada di bawah mana-mana badan ini. Ia tidak diaudit, tidak dimoderasi, dan tiada standardisasi bebas. Tidak cukup dengan sekadar ada ISO.
Dalam ekosistem kawal selia negara, peperiksaan yang berada di luar sistem jaminan kualiti tidak boleh diangkat sebagai kelayakan rasmi kerajaan.
IPTS boleh guna UEC kerana itu keputusan dalaman mereka. Tetapi kerajaan tidak boleh menjadikannya standard nasional.
🔽🔽🔽
2. UEC Dibangunkan oleh NGO, Bukan Badan Berkanun
UEC dibangunkan oleh Dong Jiao Zong, iaitu sebuah NGO. Jika kerajaan mengiktiraf peperiksaan NGO sebagai kelayakan kebangsaan, ia mewujudkan duluan (precedent) yang berisiko:
NGO lain juga akan menuntut status sama.
KPM kehilangan mandat sebagai penjamin standard negara.
Struktur keseragaman sistem pendidikan musnah.
Sistem negara mesti berasaskan badan berkanun, bukan pertubuhan komuniti.
🔽🔽🔽
3. UEC Tidak Memenuhi Syarat Kurikulum Kebangsaan, dan Bukan Kurikulum Antarabangsa
UEC bukan KSSR, KSSM atau KP2027, dan TIDAK MEWAJIBKAN Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, Mata pelajaran wajib kebangsaan, Asas pembentukan identiti nasional, dan Hasil pembelajaran kurikulum negara.
Pada masa sama, ia bukan kurikulum antarabangsa BERAKREDITASI seperti IB, Cambridge atau Edexcel.
Maknanya, ia berada dalam ruang vakum, BUKAN KURIKULUM NEGARA, BUKAN JUGA KURIKULUM GLOBAL.
Negara tidak boleh menjadikan kurikulum komuniti sebagai laluan rasmi negara. Begini lah. Cuba cari negara lain yang buat sebegitu. Ada? Tak ada!
🔽🔽🔽
4. Akta Pendidikan 1996 Tidak Membenarkannya
Di bawah Akta Pendidikan, Kelulusan kebangsaan mesti dibangunkan atau diselia oleh badan yang dilantik Menteri. Kelulusan itu mesti berdasarkan Kurikulum Kebangsaan.
Isunya, UEC tidak memenuhi kedua-dua syarat. Ya. Jadi, INI BUKAN SOAL POLITIK, SENTIMEN ATAU TEKANAN. Ini soal PERUNDANGAN. DAN KENEGARAAN.
Tanpa pindaan akta dan penyelarasan kurikulum, tiada asas undang-undang untuk pengiktirafan.
Sebaliknya, IPTS tidak terikat dengan syarat ini, sebab itu mereka bebas menerima UEC, termasuk IPT di bawah kerajaan negeri seperti di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Selangor.
Jadi, Apa Sebenarnya Masalahnya?
Masalah bukan pada soal “UEC tak bagus”. Masalahnya pada kerangka undang-undang, kawal selia dan struktur pendidikan negara.
IPTS bebas menerima UEC kerana mereka hanya perlukan kelayakan kemasukan.
KPM dan KPT tidak boleh mengiktiraf UEC sebagai SYARAT TUNGGAL kerana ia tidak memenuhi syarat pentaksiran nasional, kurikulum negara, audit, standardisasi dan kehendak Akta Pendidikan.
Selagi UEC kekal sebagai peperiksaan komuniti, berada di luar kawal selia negara dan tidak berpaksikan kurikulum kebangsaan, ia tidak boleh dijadikan laluan rasmi dalam sistem pendidikan Malaysia. Untuk 1000++ pelajar yang tidak layak sijil SPM dan hanya ada sijil UEC, dicadangkan untuk sambung pengajian di tempat yang telah pun menerima dan mengiktirafnya, kebanyakan di luar negara, dan ada juga di IPT milik negeri negeri yang telah mengiktirafnya.
DR
➡️➡️
Catatan tambahan.
Sekarang, bukankah lepasan UEC boleh masuk memohon ke IPGM, menjadi guru di sekolah dan institusi kerajaan?
Jawapannya, YA.
Namun, kerajaan BUKAN menerima masuk lepasan UEC dengan KELULUSAN TUNGGAL. Setiap calon MESTI ADA SIJIL SPM, iaitu sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Sepertimana kemasukan sektor pekerjaan lain, lebih baik pencapaian SPM, lebih besar peluang penerimaan kemasukan. UEC adalah sijil nilai tambah bagi mengisi keperluan kekurangan guru bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Cina.










0 ulasan:
Catat Ulasan