"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Ahad, 10 Ogos 2025

HARI KE-25 PEMERGIAN ZARA QAIRINA : RAHSIA JASAD YANG DIJAGA TUHAN

 HARI KE-25 PEMERGIAN ZARA QAIRINA : RAHSIA JASAD YANG DIJAGA TUHAN

Oleh:Matlamat Rosli

Lama saya tidak berkongsi seperti rutin sebelum ini, bagi memberi laluan kepada pengumuman penting pihak pasukan undang-undang ibu Zara. Alhamdulillah.. Selesai sudah proses menggali pusara Almarhumah Zara Qairina..

Dan MasyaAllah, 3 minggu selepas pemergian beliau, jenazahnya langsung tidak berbau. Selepas solat subuh tadi, saya berbual panjang dengan ibu Zara. Santai-santai sambil tunggu waktu Dhuha. Bercerita suka duka perjuangan membela #JusticeForZara. Bila saya tanya beliau tentang Almarhumah Zara.. jawapannya ringkas tapi sangat menusuk hati:

"Zara ni jaga solat.. bukan saja solat dia sendiri, tapi dia jaga solat kawan-kawan. Sebab itu dia mahu masuk BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)."

MasyaAllah.. 

Inilah yang Rasulullah ﷺ sudah pesankan lebih 1400 tahun lalu:

إِنَّ رَبَّكُمْ يَقُولُ: مَنْ أَقَامَ صَلَاةَ الخَمْسِ لِوَقْتِهَا وَحَافَظَ عَلَيْها وَلَمْ يُضَيِّعْهَا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهَا، فَلَهُ عَهْدٌ عَلَيَّ أَنْ أُدْخِلَهُ الجَنَّةَ، وَمَنْ لَمْ يُقِمْهَا لِوَقْتِهَا وَلَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا وَضَيَّعَهَا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهَا، فَلَيْسَ لَهُ عِنْدِي عَهْدٌ، إِنْ شِئْتُ عَذَّبْتُهُ، وَإِنْ شِئْتُ غَفَرْتُ لَهُ

Maksud Hadis:

Rasulullah ﷺ bersabda:

Sesungguhnya Tuhan kamu berfirman: Sesiapa yang mendirikan solat lima waktu pada waktunya, dan memeliharanya (menjaga dengan penuh perhatian) serta tidak meremehkannya, maka baginya ada janji daripada-Ku untuk memasukkannya ke dalam Syurga.

Dan sesiapa yang tidak mendirikannya pada waktunya, tidak memeliharanya, serta meremehkannya, maka tiada baginya janji di sisi-Ku, jika Aku kehendaki, Aku akan mengazabnya; dan jika Aku kehendaki, Aku akan mengampunkannya.”

Makna يُحَافِظْ dalam bahasa Arab bukan sekadar “menjaga” untuk diri sendiri, tetapi saling menjaga. Huruf أ (alif) di tengah perkataan ini memberi maksud musyārakah (مشاركة) ertinya, secara ringkas ialah "saling" atau "berkongsi melakukan sesuatu bersama".

Maksudnya, dalam hadith ini, konsepnya, bukan kita jaga solat kita saja, tetapi kita bantu orang lain menjaga solat mereka.

Zara buat itu.. Dia hidupkan maksud يُحَافِظْ. Dia tegur, dia ajak, dia tulis nama kawan-kawan tidak solat dan dia bimbing kawan-kawannya.

Sebab itu, dalam menjadi sebahagian daripada tim Ibu Zara, saya sangat menitikberatkan nilai agama. Zara yang kita perjuangkan ini, seorang anak yang sangat menjaga agamanya. Maka kita yang dewasa, lebih-lebih lagi yang terlibat dalam perjuangan ini, seharusnya juga menjaga agama.. dengan menjauhi fitnah, berlebih-lebihan, mengadu domba dan elak kata-kata yang merosakkan.

Hari ini, walau jasad beliau sudah pergi, dakwahnya masih hidup. Haruman kebaikan itu kekal. Dan Allah tunjukkan tanda.. jasadnya terpelihara seakan-akan baru pergi semalam.

Saya tulis ini dengan niat, semoga apa saja kebaikan dan manfaat dari perkongsian ini, jadi pahala jariah berpanjangan buat Almarhumah Zara, ibubapa beliau, saya yang miskin pahala ini dan semua yang mengambil iktibar dari kisah ini.

"Assalamualaikum Zara.. Kita jumpa lagi.."

Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu pertama kali melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar

Doakan post mortem pagi ini 🤲🤲🤲

Allah Maha Hebat,

Marhamah Rosli

10/08/2025

Rabu, 6 Ogos 2025

Kisah Benar:Langit Terakhir Zara Qairina

 Cerita ini saya olah dengan fakta yang sahih dan ditambah sedikit elemen emosi agar sampai ke hati pembaca. Bukan untuk meraih simpati murahan, tapi sebagai suara kecil bagi pihak arwah.

Tiada aib dibuka.

Tiada mereka-reka cerita.

Hanya kebenaran, dan kasih seorang penulis kepada anak syurga bernama Zara.

💔 "Langit Terakhir Zara Qairina"

Sebuah kisah benar yang tak sepatutnya berlaku, tapi terjadi…

Dikarang oleh : Muhammad Syazwan 

"Mak... kalau satu hari nanti Zara tak balik, Mak jangan nangis ya... Mak doa je untuk Zara."

Ayat tu macam gurauan, tapi siapa sangka itu ayat yang paling pedih untuk diingat.

Zara Qairina Mahathir.

Anak perempuan sulung. Umurnya baru 13 tahun.

Kecil, manja, dan sangat menjaga solatnya. Tak pernah tinggi suara pada sesiapa. Hatinya lembut… kadang-kadang terlalu lembut.

Zara selalu cakap nak masuk sekolah agama.

Katanya, dia nak belajar tentang akhirat, nak hafal Quran. Nak jadi anak solehah untuk Mak dan Ayah.

"Zara nak banggakan Mak, nak tarik tangan Mak masuk syurga nanti…"

Mak cuma senyum masa tu. Bangga. Tak sangka anak sekecil itu dah fikir jauh.

Tapi siapa sangka,

Tempat yang katanya ‘asrama penuh barakah’ itu…

Jadi tempat terakhir Zara menghembuskan nafas.

📅 16 Julai 2025

Jam 3 pagi.

Satu panggilan masuk. Suara di hujung talian bergetar.

"Anak puan… ditemui tak sedarkan diri. Kami dah hantar ke hospital."

Zara jatuh dari tingkat tiga blok asrama.

Kata mereka, Zara mungkin terjatuh.

Tapi kenapa tiada jeritan?

Kenapa tiada pelajar lain yang perasan?

Dan kenapa tubuhnya seperti “diletakkan”, bukan terhempas?

📅 17 Julai

Jam 11 pagi.

Zara menghembuskan nafas terakhir.

Tanpa sempat buka mata untuk lihat wajah mak ayahnya.

Dan saat itulah, dunia keluarga ini runtuh.

Anak yang dihantar dalam keadaan sihat…

Pulang dalam keadaan kaku.

Bila jenazah sampai rumah,

Ibu pandang wajah anaknya.

"Kenapa muka Zara bersih sangat… tak macam orang jatuh bangunan…"

"Kenapa tak ada calar besar, tak ada lebam teruk?"

"Kenapa semua orang minta kami ‘redha’ dan ‘jangan kecoh’?"

➡️Dari situ, satu demi satu cerita keluar.

-Zara pernah bagitahu kena kacau waktu malam.

-Ada pelajar senior yang selalu panggil suruh ambil air panas waktu semua orang tidur.

-Ada yang ambil barang, suruh belanja.

-Ada yang… usik dia secara fizikal. Dan Zara hanya mampu diam.

Kenapa dia tak lawan?

Sebab Zara… terlalu baik.

Dia tak suka susahkan orang. Tak suka burukkan orang.

Dia pendam. Dan akhirnya, dia pergi, membawa semua rahsia tu ke dalam liang lahad.

Yang lebih menyakitkan…

Ada yang cuba tutup cerita ni.

Ada yang beri alasan: “Benda dah jadi. Redhalah.”

Ada yang tukar pelajar sekolah lain tanpa soal siasat selesai.

Tapi mak Zara bangkit.

> “Kami bukan nak salahkan sesiapa. Tapi jangan biar kematian anak saya jadi angka kosong. Kami reda… tapi kami takkan diam.”

🎓 Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk anak-anak.

Bukan tempat mereka didera mental, fizikal, dan emosi.

Berapa ramai lagi anak-anak kita di luar sana… yang terluka dalam diam, tapi tak pernah diberi peluang untuk bersuara?”

---

Zara dah tak ada.

Tapi kisah dia,

Akan terus disebut sampai bila-bila.

Kerana kematian dia bukan ‘ajal biasa’.

Tapi mesej besar dari Tuhan…

Untuk kita semua BANGKIT dan BERSUARA.

---

💬 Kalau kau ada anak, tengok mata dia hari ni. Tanya… "Kau okay ke kat sekolah?"

Kadang anak tak jawab. Tapi mata mereka akan cerita.

Dan kepada yang membaca cerita ini…

Jangan hanya bersedih. Jangan hanya marah sekejap.

Bantu Zara dapat keadilan.

Bantu suara mak ayahnya sampai ke atas.

Dan bantu anak-anak lain selamat dari apa yang Zara lalui.

🤍 Zara…

“Kau mungkin pergi dalam senyap,

Tapi langit akan bersuara bagi pihakmu.”

Dan kami akan pastikan… pemergian kau, tak akan sia-sia.

📌 #justiceforzaraQairina

📌 #kebenaranuntukzara

📌 #selamatkananakkami 

📌 #saynotobuli

📌 #ZaraTakMatiSiaSia