Antara isu besar yang PMX langsung tidak pernah ulas atau beri penjelasan, biarpun melibatkan kepentingan negara dan wang rakyat:
1. Aset minyak Petronas bernilai RM5.4 bilion hingga RM16 bilion dirampas kerajaan Sudan Selatan pada Ogos 2024 tanpa sebarang pampasan.
Negara hilang berbilion-bilion begitu sahaja, tapi Madani diam seribu bahasa?
2. Kenapa Bandar Malaysia tiba-tiba dijual kepada Petronas dengan harga RM12 bilion dan apa rancangan sebenar untuk tanah strategik tersebut?
Tanah milik kerajaan yang begitu besar dan bernilai, kenapa senyap tanpa penjelasan bila dijual?
3. Mengapa Kementerian Kewangan pernah menyewa tanah Bandar Malaysia 70 ekar untuk 30 tahun sejak 2023, kemudian batalkan hanya setahun selepas tanah itu dijual kepada Petronas? Berapa pula pampasan yang dibayar kepada syarikat Singapura tersebut dan kenapa jumlahnya dirahsiakan?
Rakyat kena bayar kesilapan kerajaan, tapi tak ada siapa bertanggungjawab malah jumlahnya pun disembunyikan?
4. Mahkamah Tinggi sudah putuskan ada asas untuk PDRM menyiasat dakwaan Yusoff Rawther di mahkamah bahawa PMX dan bekas pembantunya adalah dalang yang memerangkapnya dengan pistol dan dadah sehingga dia berdepan hukuman mati serta dipenjara 10 bulan.
Tuduhan serius libatkan pistol, dadah, hukuman mati dan keputusan mahkamah – tapi PMX masih tak mahu nafi biarpun dotohmah dalam mahkamah sebagai dalang utama?
5. Ketua Cabang PKR sendiri dalam video tular mengaku terima “wang kotor” daripada PMX yang datang dari seorang taikun – wang yang katanya tak boleh diaudit atau dimasukkan dalam akaun.
Video sudah jelas dan tersebar luas, individu disahkan memang ketua cabang PKR, tapi PMX masih mahu sembang lawan rasuah dan integriti?
6. Kes pembantu Teresa Kok yang songlap duit sekolah dari peruntukan Parlimen Seputeh – pembantu pernah direman, duit sudah dipulangkan, Teresa Kok sendiri mengaku perkara itu berlaku dan dijadikan alasan pecat pembantu tersebut – tapi kenapa tiada siapa didakwa?
Jadi sakau duit sekolah guna syarikat palsu bukan lagi jenayah bawah Madani?
7. Dalam Bajet 2024, PMX umum projek LRT Pulau Pinang akan diteruskan dengan kos RM10 bilion dan dibiayai oleh pihak swasta. Tetapi belum sampai setahun, tiba-tiba diumumkan kos sudah naik RM7 bilion menjadi RM17 bilion dan kini sepenuhnya dibiayai kerajaan persekutuan.
Lebih mengejutkan, pakej pertama projek bernilai RM8.2 bilion diberi secara rundingan terus (mereka gelar RFP single sourcing) kepada konsortium swasta, termasuk 20% pegangan seorang taikun yang pernah ditangkap polis dan asetnya disita kerana skandal MBI.
Kos naik 70% dalam masa setahun, kontrak RM8.2 bilion diberi tanpa tender terbuka, dan melibatkan taikun yang pernah ditahan - tapi PMX masih tidak mahu beri sebarang komen?
8. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK naik mendadak – dari 60.3% pada akhir 2022 ke 64.6% pada akhir 2024 dan lagi tinggi 66.5% pada suku kedua 2025.
Kalau hutang benar-benar “terkawal” seperti selalu diwar-warkan, kenapa nisbah hutang terus melonjak?
Soalnya, kenapa isu-isu besar begini langsung tidak disentuh oleh PMX yang asyik ulang-ulang tatakelola kononnya mahu lawan rasuah?



















