Rabu, 18 September 2024

"Bukan Malaysia, Bukan Indonesia. Batik Berasal Dari Mesir Purba?"

 "Bukan Malaysia, Bukan Indonesia. Batik Berasal Dari Mesir Purba?"

Oleh: Azizul Farhan

Bergoncang di seluruh Nusantara apabila IShowSpeed pakai baju Batik di Malaysia. Ramai juga yang komen sampai Speed keliru pasal Batik Malaysia dan Indonesia.

Tapi tau tak sebenarnya Batik ni berasal dari Mesir Purba?

Tak dinafikan Malaysia atau Indonesia memang terkenal dengan keunikan dan keindahan batik. 

Tapi, siapa sangka, rupa-rupanya batik ini ada asal-usul yang jauh lebih tua, lebih misteri dan lebih megah berpunca dari tamadun Mesir Purba! 

Batik bukan sekadar seni kraf tradisional Asia Tenggara, tapi ia pernah menghiasi kehidupan seharian bangsa Mesir ribuan tahun dahulu.

[Batik Mesir Purba: Fayoumi yang Hilang Dalam Lipatan Sejarah]

Sejarah batik Mesir Purba yang juga dikenali sebagai “Fayoumi” bermula sekitar 5,000 tahun yang lalu pada zaman kegemilangan Mesir Purba di Kota Faiyum, Mesir.

Zaman di mana piramid menjulang megah dan firaun memerintah dengan kuasa mutlak. 

Ketika inilah kain batik Fayoumi menjadi simbol keanggunan, kekayaan dan status sosial yang tidak tertanding.

Namun, batik Fayoumi bukan sekadar simbol kekayaan. Ia membawa makna yang jauh lebih mendalam. 

Setiap corak dan motif yang dihasilkan menceritakan kisah tentang kepercayaan, keseimbangan dan hubungan manusia dengan alam dan spiritualiti. 

Batik ini bukan sekadar kain biasa. Ia adalah lambang filosofi hidup yang sangat kompleks, menggabungkan keindahan, kekuatan dan harmoni dalam satu helaian kain.

[Keanggunan dan Kekuatan Tersirat Dalam Setiap Helai]

Pada puncak kejayaannya, terutamanya pada zaman Dinasti ke-18 (1550-1292 SM), batik Mesir Purba menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. 

Dari firaun hinggalah ke rakyat biasa, semua tertarik dengan keindahan dan simbolisme yang dibawa batik ini. 

Corak-corak geometrik seperti segitiga, lingkaran dan garis-garis yang halus membawa makna tersirat melambangkan keseimbangan antara kekuatan dan keanggunan yang diperlukan dalam hidup.


Namun, segalanya berubah apabila Mesir mula membuka pintu kepada dunia luar. 

Pada zaman Dinasti ke-19 (1292-1189 SM), batik Fayoumi mula digantikan dengan kain-kain import yang lebih mewah seperti sutera dan linen. 

Popularitinya semakin pudar dan ia hampir hilang dari budaya masyarakat Mesir.

[Kebangkitan Semula Fayoumi]

Menariknya, batik Fayoumi tidak tenggelam begitu sahaja. Pada zaman Dinasti ke-26 (664-525 SM), batik ini kembali menyinari Mesir, kali ini sebagai simbol kebanggaan nasional. 

Seperti phoenix yang bangkit dari abu, Fayoumi muncul semula dengan penuh kebanggaan. Namun, kebangkitan ini tidak lama. 

Kejatuhan batik Mesir Purba berlaku apabila tamadun Yunani dan Rom mula berkuasa, membawa bersama budaya dan tekstil mereka yang lebih digemari masyarakat pada masa itu.

Batik Fayoumi akhirnya hampir lenyap sepenuhnya dengan kedatangan Islam di Mesir. 

Dengan perubahan budaya dan keperluan, seni batik ini seakan-akan hilang ditelan zaman. 

Namun begitu, sisa-sisa keindahannya masih dapat dilihat dalam peninggalan sejarah dan artifak yang berjaya ditemui.

[Filosofi di Sebalik Setiap Motif]

Apa yang menjadikan batik Fayoumi ini begitu istimewa adalah filosofi yang dibawa dalam setiap motifnya. 

Kain ini bukan sekadar hiasan mata, tapi ia melambangkan prinsip hidup bangsa Mesir Purba yang sangat menghargai keseimbangan dan harmoni. 

Corak-corak abstrak pada batik Fayoumi mengajarkan kita pentingnya mencari keseimbangan dalam hidup iaitu antara keindahan dan kekuatan, antara manusia dan alam, antara jasad dan spiritualiti.

Motif-motif yang sering menghiasi batik Fayoumi seperti matahari, bintang dan tumbuhan membawa maksud mendalam. 

Ia menghubungkan manusia dengan alam semesta, memberi peringatan bahawa kita semua adalah sebahagian daripada keseimbangan yang lebih besar. 

Dalam setiap helaian kain ini, terdapat nilai spiritual yang tidak ternilai.

[Batik Mesir: Warisan Yang Tak Ternilai]

Walaupun batik Mesir Purba telah lama hilang daripada pandangan mata, warisannya tetap hidup dalam sejarah dan budaya Mesir.

Ia adalah bukti nyata tentang keindahan dan kreativiti bangsa yang pernah membina tamadun terhebat dalam sejarah manusia. 

Setiap motif, setiap warna dan setiap garis yang menghiasi batik Fayoumi adalah saksi kepada kekayaan budaya Mesir Purba.

Sekarang, Batik pun dah menghiasi Nusantara. Tapi tak perlulah sampai bergaduh. Raikan perbezaan. Itu yang lebih baik.

Source 

___

Faiyum juga terkenal dengan pembuatan tembikar! Nak tahu kenapa? Jom kita kenali budaya Mesir Purba bersama KITAB TAMADUN MESIR PURBA! Dapatkan segera sementara stok masih ada!


https://s.shopee.com.my/7KeHpresU1

0 ulasan:

Catat Ulasan